Tags: Kejuruteraan, Industri Sawit

Produk Hiliran Oleokimia: Inovasi Kejuruteraan Tindak Balas dalam Mengharungi Kesuraman Industri Sawit

  • Ex Tax: RM8.00
  • Author: Ahmad Zuhairi Abdullah
  • Availability: In Stock
  • e-ISBN: 9789674614560
  • Book Type: E-book
  • Format: Flipbook
RM8.00
rating
(0 reviews) Write a review

Kelapa sawit merupakan anugerah yang amat berharga kepada Malaysia dan industri itu kini menjana pendapatan bagi kira-kira 3 juta penduduk. Hasil utama industri ini ialah minyak kelapa sawit dan minyak isirung serta pelbagai jenis biojisim yang dapat dimanfaatkan. Minyak kelapa sawit paling berpotensi untuk memenuhi keperluan minyak dan lemak dunia berdasarkan hasil pengeluaran tahunannya ..

FlipHTML5 LightBox Embed Demo
Kelapa sawit merupakan anugerah yang amat berharga kepada Malaysia dan industri
itu kini menjana pendapatan bagi kira-kira 3 juta penduduk. Hasil utama industri ini
ialah minyak kelapa sawit dan minyak isirung serta pelbagai jenis biojisim yang dapat
dimanfaatkan. Minyak kelapa sawit paling berpotensi untuk memenuhi keperluan minyak
dan lemak dunia berdasarkan hasil pengeluaran tahunannya yang tinggi dan ditambah
dengan kandungan oleokimianya yang sesuai untuk pelbagai aplikasi industri. Kejayaan
industri ini sangat bergantung kepada faktor luaran khususnya polisi antarabangsa yang
sering bersifat mendiskriminasi dan mempengaruhi pasarannya. Setelah menjalani suatu
zaman yang memeritkan pada tahun 1980-an kerana kempen di Amerika Syarikat, minyak
kelapa sawit kini mengulangi zaman suram terutamanya kerana perundangan di negara
negara Kesatuan Eropah yang mewajibkan pengurangan kandungan minyak kelapa sawit
dalam program bahan api bio mereka menjelang tahun 2021. Pengurangan permintaan
menyebabkan stok minyak kelapa sawit meningkat dan harga jualannya menurun secara
drastik. Kandungan minyak kelapa sawit yang utama ialah trigliserida yang dibentuk
daripada pelbagai kombinasi asid-asid lemak dan gliserol. Selain itu, ia juga mengandungi
sebatian-sebatian karotenoid, hidrokarbon, fosfolipid, tokoferol dan sebagainya. Dalam
usaha untuk meningkatkan permintaan dunia terhadap minyak ini, penukaran minyak
kelapa sawit atau komponen-komponen oleokimianya kepada produk hiliran tertambah
nilai sangat penting bagi memastikan kelestarian industri minyak kelapa sawit negara.
Kejayaan dalam penukaran ini sangat bergantung kepada pembangunan proses
bermangkin yang berkesan, selamat, bersih serta menjimatkan kos. Proses penukaran
minyak kelapa sawit kepada biodiesel yang inovatif berjaya dicipta menggunakan mangkin
heterogen yang aktif serta dibantu oleh tenaga ultrabunyi bagi mempercepat tindak
balas. Tahap penukaran minyak kelapa sawit dan hasil biodiesel yang tinggi (peningkatan
sekitar 20%–30%) mampu dicapai dalam masa tindak balas yang singkat (kurang daripada
1 jam) dan ini dapat mengurangkan kos pengeluaran biodiesel yang memenuhi spesifikasi
piawai biodiesel antarabangsa seperti EN 14214 dan ASTM D6751. Terdapat banyak produk
hiliran yang boleh dihasilkan daripada asid lemak. Molekul-molekul asid lemak boleh
dinyahoksigenkan menggunakan mangkin logam yang sesuai kepada hidrokarbon linear
yang sesuai digunakan sebagai bahan api. Tambah nilai komponen-komponen oleokimia
minyak kelapa sawit juga mampu dicapai menerusi penukaran gliserol kepada sebatian
sebatian bernilai tinggi seperti monogliserida, poligliserol, gliserol karbonat, asid laktik
dan asid akrilik yang mempunyai permintaan yang tinggi di industri. Walau bagaimanapun,
penukaran ini selalunya melibatkan proses bermangkin yang mempunyai cabaran yang
tersendiri. Proses ini perlu memenuhi ciri-ciri teknologi hijau untuk menjamin penerimaan
produk oleh pasaran antarabangsa. Cabaran ini perlu disambut oleh para penyelidik
dalam bidang tindak balas oleokimia dalam usaha untuk mempelbagaikan produk
hiliran oleokimia supaya kelestarian industri kelapa sawit negara dapat ditingkatkan. 

Write a review

Note: HTML is not translated!
    Bad           Good
Captcha